Makkah dan Madinah.

MAKKAH & MADINAH KOTA UTAMA UMAT ISLAM

Mana mungkin orang beriman tidak tersentuh bila melihat Makkah dan Madinah. Disitulah terdapat dua masjid yg paling berkah dan berganda pahala kebaikannya.

Bumi ini paling dicintai Allah. Tidakkah kalian mencintainya?

Oleh itu berusahalah untuk ke sini lagi dan lagi. Seorang yg beriman tidak akan pernah puas utk ke sini malah ingin meninggal dunia disini.

Allah mengutamakan sebahagian tempat di atas yang lainnya seperti kota Makkah dan Madinah.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

والله إنك لخير أرض الله وأحب أرض الله إلى الله، ولولا أني أخرجت منك ما خرجت

“Demi Allah sesungguhnya engkau (kota Makkah) adalah kota yang paling baik dan PALING DICINTAI oleh Allah. Seandainya aku tidak dikeluarkan darimu aku tidak akan keluar darimu.”
(HR. Tirmidzi)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda:

المدينة خير لهم لو كانوا يعلمون

“Kota Madinah itu LEBIH BAIK bagi mereka jika mereka mengetahui.”
(HR.Muslim)

Hal ini berbeza dengan kelompok Syiah Rafidhah yang lebih mengutamakan kota Karbala’ daripada kota Makkah dan Madinah.

Mereka berkata: Ziarah ke kuburan Husain (di Karbala’) itu sama dengan 20 kali haji (di Mekah).

(Furu’ Al-Kafi 2/578 oleh Al-Kulaini dan Wasaail Asy-Syi’ah 14/446 no.19567 oleh Al-Hur Al-‘Aamili)

Lihat bagaimana kita ingin mengaku puak syiah sebagai saudara jika mereka sesuka hati mengeluarkan hukum. Mereka seumpama hidup dalam alamnya sendiri, mereka memilih kitab-kitab mereka sendiri, mereka reka kitab-kitab yg mengikuti selera mereka, mereka cipta agama mereka sendiri BERBEZA dari agama Islam yg diajarkan oleh nabi Shallallahu’alaihi Wasallam.

Belum lagi mereka menghina dan mencerca para sahabat. Jika kalian umat islam, sanggupkah kalian membiarkan para sahabat dihina?

Sanggupkah ibu kalian dihina? dicerca? Begitulah hinaan yg mereka berikan kepada ibunda kita Aishah r.a.

Bukankah, istri-istri Nabi kedudukannya seperti ibu kita. Allah berfirman :

النَّبِيُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ

“Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan istri-istrinya adalah ibu-ibu mereka”. 

(QS Al-Ahzaab : 6)

Maka jika ada seseorang yg tidak rasa marah bila ibunya dihina, maka kalian tahulah siapa sebenarnya mereka. Mereka BERSELINDUNG disebalik topeng yg mengaku ahli sunnah dan sanggup berbaik-baik dgn syiah.

📡 Follow, Like & Share
◾http://t.me/serenesalaf
◾http://bit.ly/serenesalaf
◾https://twitter.com/serenesalaf
◾https://www.instagram.com/serenesalaf

Politik.

SAYA mengajak anak bangsa dan yang seagama untuk melihat perkembangan yang berlaku di tanah air kini, dengan lebih serius melangkaui blok politik kepartian.

Ini bukan isu Barisan Nasional (BN) atau isu Pakatan Harapan (PH), bukan isu Datuk Seri Najib Razak atau Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi ini adalah isu keselamatan negara dan isu masa depan umat.

Saya tidak membicarakan tajuk ini atas alasan membenci rakyat Malaysia berbangsa Cina sebagai musuh, selagi mempunyai semangat patriotik dan menghormati kontrak sosial yang digunakan sejak lebih 60 tahun yang lalu.

Tanah Melayu pernah disebut sebagai sebahagian daripada wilayah Tanah Besar China dalam silibus pendidikan rendah negara China (1938).

Saya ‘concern’ dengan masa depan negara dengan berlakunya kedatangan puluhan ribu atau mungkin ratusan ribu warga asing dari Tanah Besar China, yang kini bermastautin di negara Malaysia seolah-olah tiada sebarang kawalan lagi.

Tangkapan di Pulau Pinang, Cyberjaya, Johor Bahru, Melaka dan banyak lagi adalah sebahagian daripada buktinya. Ia adalah satu ‘open-secret’.

JPN pada 2015 juga mengakui telah mendaftarkan lebih 17,000 kes wanita China yang berkahwin dengan rakyat tempatan.

Ini tidak termasuk dengan kes penjualan kad pengenalan dan pasport kepada warga China.

Ini tidak termasuk ribuan pekerja China yang dibawa masuk bagi menyiapkan lebih 70 projek mega syarikat besar China, yang menelan belanja ratusan bilion Ringgit.

Kita telah lihat apa yang berlaku di Zimbabwe, Sri Lanka, Kenya dan lain-lain.

Saya memohon supaya para Yang Berhormat Menteri dari PH dan para ahli Parlimen pembangkang dari kalangan umat Islam, untuk mengkaji isu ini dan memperjuangkannya di peringkat Parlimen.

Ini bukan isu PH atau isu BN tetapi isu keselamatan negara, isu masa depan umat Islam dan bumiputera sebagai rakyat majoriti di negara tercinta.

Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara Islam yang adil, maju dan makmur, harmoni dan progresif dengan dominasi Melayu Muslim yang berwibawa sebagai tunjang kepimpinan negara.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Naib Presiden Isma

[Pen’China’an di Malaysia – Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb] is good,have a look at it!